Wednesday, October 8, 2008

.::Di Mana Menghilang Fitrah Manusia::.

Bilakah dunia baru akan menjelma
Yang sudah lama dimimpikan oleh manusia
Dunia yang diidamkan oleh semua bangsa
Semua bangsa sudah jemu
Dengan dunia yang ada

Di mana menghilangnya fitrah manusia
Kasih sayang
Kini dunia sudah kehilangannya
Kasih sayang sudah gersang

Yang ada hidup sendiri
Yang wujud hasad dengki
Yang ada prejudis
Yang wujud perbalahan setiap hari

Di mana sahaja hidup kepura-puraan
Senyum di hadapan di belakang dibenci
Percaya-mempercayai sudah hilang
Perkelahian, peperangan
tidak kunjung padam
Yang miskin terbiar dan terbuang
Yang kaya bakhil, tamak dan sombong

Tipu-menipu jadi budaya
Curi, rasuah sering berlaku
Zina dan rogol lumrah terjadi
Krisis peperangan di merata dunia

Mana pergi di dalam ketakutan
Ke mana berada di dalam kebimbangan
Hati sentiasa tidak tenang dan senang
Kebahagiaan sudah lama
Hilang dan gersang

No comments: