Sunday, October 12, 2008

Tatatertib berkonvoi

*terjemahan dari --->http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,49015.0.html


Saya percaya perbincangan tentang ini telah dijalankan dalam menekankan disiplin semasa mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh MBC. Walaubagaimanapun topik ini perlu diperkatakan berkali-kali sebagai panduan dan juga peringatan kepada kita semua agar kita semua mengingati tingkahlaku yang baik sewaktu berada diatas jalanraya. Beberapa kelab motorsikal yang lain mempunyai cara dan disiplin mereka sendiri. Dan kita di MBC juga mempunyai prinsip dan disiplin kita yang tersendiri. Kita mempunyai rekod yang sangat baik dimana TIADA kemalangan maut/teruk sepanjang tunggangan yang telah bertahun lamanya. Cuma kes terjatuh dan kecederaan kecil sahaja dan diharap rekod baik ini dapat dijaga selamanya. Dalam perjalanan konvoi rasmi MBC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Dan diatas sebab ini juga ada beberapa orang diantara kita yang meninggalkan MBC kerana bagi mereka merasakan harus menunggang dengan pantas untuk memenuhi kepuasan menunggang motorsikal yang berkuasa lebih tinggi dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, sebahagian besar yang berfikiran telus masih kekal di MBC.



Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang MBC.


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall MBC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall MBC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai. Grin Grin Grin

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi MBC tidak takut dengan hujan Cheesy Cheesy Cheesy



Runner / Side Marshalls

*sesetengah kelab motorsikal mempunyai runner/side marshall, untuk memastikan kenderaan lain berada jauh disebelah kanan dari konvoi. Runner ini biasanya berada selari dengan konvoi dan berada disebelah kanan sedikit berbanding konvoi. Runner akan sentiasa bergerak kehadapan-belakang sepanjang konvoi untuk memastikan kumpulan konvoi berada dalam formasi. Runner juga biasanya terdiri daripada motorsikal yang berkuasa lebih tinggi.Walaubagaimanapun runner meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya serta risiko yang tinggi. Di MBC kami berpendapat keselamatan masing-masing hendaklah dijaga oleh penunggan itu sendiri dan mengamalkan cara tunggangan defensif.

Dengan itu MBC tidak akan mempunyai runner/side marshal. Dan peserta lain juga tidak harus bertindak sedemikian. Untuk itu kami meletakkan lebih ramai sweeper yang berada di grid belakang.


Konvoi bersama Polis dan penunggang luar

Dengan jumlah penyertaan konvoi MBC yang lebih besar,kita terpaksa meminta bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. Biasanya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek. Pada tahun2007, MBC telah menganjurkan konvoi-amal bersama Melaka Sportbikers dan penunggang dari Singapura. Jumlah peserta sebanyak 250 orang.

Perjalanan pendek tersebut adalah dari hotel ke pusat kebajikan. Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. Konvoi formasi 2-selari diaplikasi serta bergerak rapat dan juga khidmat runner digunakan.

Dengan bantuan polis konvoi itu juga berbeza dengan konvoi normal kerana kita tidak perlu berhanti di simpan/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.


Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys

Ini biasanya berlaku dimana motorsikal berkuasa tinggi dan juga easyriders berada dalam satu konvoi. Jumlah peserta juga biasanya melebih 20buah motorsikal.

Kebanyakkan penunggang adalah berpengalaman dan tahu selok belok laluan yang digunakan serta tahu tempat perhentian dan berkumpul semula.

Dalam perjalanan jenis ini, marshall memainkan peranan kecil sahaja. Bermula dengan biasa marshall dihadapan. Dan selepas beberapa ketika apabila kuda masing-masing dah menjadi cergas mereka yang lebih pantas akan bergerak laju meninggalkan yang perlahan. Beberapa orang penunggang mungkin bergerak bersama mengikut kelajuan dan gaya tunggangan yang sesuai dengan mereka. Marshal akan tetap mengekalkan kelajuan biasa agar peserta konvoi yang lain tidak tercicir.

Sweeper akan berada di kelompok belakang; dan mungkin beberapa kilometer dibelakang tidak kelihatan, sehingga tiba di perhentian yang telah dijadualkan. Selepas berhenti kitaran tersebut diteruskan. Perjalanan seperti ini biasanya berlaku di laluan ke Thailand sepanjang lebuhraya PLUS Wink

di ambil dari ---> http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,49136.0.html

No comments: